Saturday 28 April 2012




Untuk membuat kelongsong daun pisang, lakukan dengan menggunakan kayu berbentuk bulat.


:: KUIH PUPUDAK (BANJAR) ::


Bahan-bahan:240gm tepung gandum
2 biji kelapa | dijadikan 750ml santan
Pewarna hijau daun pandan secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Kelongsong daun pisang secukupnya
Tali rafia secukupnya

Cara memasak:1. Satukan tepung gandum, santan, gula, garam dan pewarna hijau daun pandan. Gaul sebati dan menjadi cair seperti membuat kuih kasui.
2. Kemudian masukkan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah diikat hujungnya.
3. Seterusnya ikat pula bahagian atas kelongsong dengan kemas agar adunan tidak tumpah. Lakukan sehingga habis.
4. Akhir sekali, panaskan air dalam periuk dan rebus selama 15 hingga 20 minit.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.

BAHAN2NYA:

1½ cawan labu lecek (rebus dan lecek)
1½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1½ cawan susu cair ideal/santan pekat
4 biji telor
secubit garam
1 sudu teh vanilla
sedikit minyak sapi atau majerin

CARA:
Panaskan oven suhu 100, api atas sahaja. Pukul telor dan gula hingga kembang. Masukkan susu/santan dan kacau sampai rata. masukkan tepung. kacau hingga sebati dan masukkan labu lecek serta garam dan vanilla.
Kacau sampai sebati. Panaskan oven. Kjee guna acuan tembaga jadi masaknya cepat sikit daripada acuan biasa. letakkan acuan atas dapur, bubuh kira2 1 sudu besar minyak sapi. tunggu sampai panas kemudian tuangkan bacuhan hingga tiga suku paras acuan. Masak atas api perlahan sehingga timbul kerak di keliling acuan. Kemudian masukkan dalam oven dan bakarlah guna api atas sahaja. sebelum masuk oven kalau nak tabur sedikit bijan pun boleh tapi kjee tadi tak de stok. Bila sudah cukup garing dan masak (cara cucuk dengan lidi di tengah2 kuih), keluarkan dari oven dan keluarkan terus dari acuan. Ulang sampai habis semua bancuhan. Bancuhan ini jadi 3 biji kuih. Terima kasih kepada penyumbang resipi.

(Kali kedua Kjee buat, kjee masukkan telor, tepung, gula perang, susu, vanilla dan labu yang telah direbus dan potong dadu ke dalam blender dan Trrrrrrr sampai halus)



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara-cara
Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika
 panas2 lagi.

Kuih Talam Berlauk
Bahan-bahan 
200 gm keladi – dikiub 
175 gm tepung beras
40 g tepung jagung 
20 gm tepung gandum 
1 liter santan (dari 1 biji kelapa) [200ml santan kotak + 800ml air]
Garam secukup rasa 

Bahan lauk
2 sudu besar minyak masak 
200 gm udang atau ayam – dikupas, dicincang 
10 gm udang kering – direndam, ditumbuk 
4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng [ni pakai yg instant jer]
3 tangkai daun sup } 
3 tangkai daun bawang } dihiris
2 tangkai cili merah } 
Garam secukup rasa 

Cara membuat: 
1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang/ayam cincang sehingga berubah warnanya. 
2. Masukkan udang kering, kacau sehingga harum. Angkat. 
3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam. 
4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan. 
5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk. 
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak. [atau acuan kecil]
8. Kukus sehingga ¾ masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya. 
9. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong. 

Bahan sos cili: 
4 biji cili merah 
1 sudu besar pes cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 sudu besar gula 
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin
½ sudu teh kicap pekat 
1 sudu teh tepung jagung }
80 ml air } campur 
Garam secukup rasa 

Untuk Sos Cili: Kisar semua bahan sambil dikacau sehingga pekat. 

Bahan Sos Kicap: 
2 sudu besar taucu
250 ml air 
50 gm gula pasir 
4 sudu teh tepung jagung } campur 
60 ml air } 
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu besar kicap pekat 

Untuk Sos Kicap: Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.
KUEH TALAM BERLAUK

Bahan 

1 cawan tepung gandum 
3 s/b tepung jagung 
3 cawan santan 
1 s/k garam 
1 biji telur 

Cara. 

1. Kacau semua bahan dan tapiskan. 
2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang. 
3. Panaskan kukusan. 
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit. 
5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang. 
6. Potong dan hidangkan. 

Bahan Inti dan hiasan 
200 gm daging kisar 
2 biji kentang [potong dadu kecil] 
1 labu bawang besar [potong dadu/blend] 
1 paket rempah kari ayam 
2 biji cili merah [cincang] 
carrot parut 
Daun sup dan daun bawang [racik kecil] 
1 s/b minyak 
garam 

Cara 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar. 
2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi. 
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. 
4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk. 
5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus 
KUIH SERI MUKA


Lapisan Bawah: 
2 cawan pulut 
2 1/2 cawan santan cair (1/2 pkt santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam 

Cara 
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. 
2. Kukuskan sehingga masak. 
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic. 
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. 
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas. 

Lapisan Atas: 
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk) 
1/2 cawan gula 
3 s/b tepung gandum 
3 s/b tepung kastad perasa pandan 
1 biji telur 
1 s/t garam 
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau) 

Cara 
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan. 
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. 
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. 
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik. 

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

Rich Chocolate Pudding

Rich Chocolate pudding yang glamour ni dah lama saya nak try. Tapi asyiklah tertangguh-tangguh sebab tak cukup bahan dan peralatan….  tengok kaler pudding yang gelap dan berkilat2 dari dapur kengkawan yang dah cuba, membuat kiter pun tak tahan nak cuba jugak… paling teringin nak tau rasa dia macammana!!!!! Walaupun agak jauh ketinggalan keretaapi, tapi at least saya dah puas hati dapat merasa…… Trimakasih ya Jun kerana share resepi yang sedap ini!!!!!
Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )
Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Salam,
Masa majlis cukur jambul sara hari tu saya gak sempat menyediakan puding laici ni sebagai gift kepada tetamu. Versi asalnya memang takde warna. Tapi saya letak sedikit pewarna pink… sebab thema majlis kaler pink. Sedap sgt puding ni rasa ala2 dadih…. saya buat versi lembut, bila makan kena ceduk dgn sudu….
Puding Laici ( sumber : Chef  hanieliza )
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin… [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan] – sy skip – ganti sedikit pewarna pink
Cara penyediaan
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
Puding laici ni agak lembut sedikit…so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya…..kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah laici saja.

Ayam BBQ Kicap Gula Melaka

Salam…
Ayam BBq ni saya buat masa birthday my son hari tu… baru hari ni sempat nak entri!!! resepi ayam ni saya ambil kat Myresepi… tapi saya dah derhaka sikit. Saya tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan dan serbuk jintan kasar… Saya tak berapa sempat makan sangat ayam ni ari tu sebab sibuk…. tapi kata my son sedap!!!… cukup rasa masin, manis dan masam!!!
Resepi Ayam BBQ Kicap Gula Melaka ( sumber : Myresepi )
Bahan-bahan ( 20 keping )
20 keping kepak ayam (sy guna 1 ekor ayam… dipotong2)
2 ulas bawang putih (dikupas dan dihancurkan)
1 sb serbuk cili
1 sb kicap pekat
1 sb kicap cair
1 sb gula melaka (dicairkan dengan 2 sb air dalam microvawe) ~ boleh gak ganti ngan madu
2 biji limau nipis (diperah jusnya)
2 sudu teh garam ( / secukup rasa)
Cara-cara
1. Campurkan jus limau nipis dgn bawang putih, serbuk cili, kicap dan gula merah yang telah dicairkan di dalam satu mangkuk.
2. Masukkan kepak ayam dan gaul rata.Tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam, dengan membalik-balikkan kepak ayam setiap 30 min.
3. Cucuk kepak ayam dengan pencucuk besi (optional).Taburkan garam dengan rata dan renjiskan tepung beras dengan perlahan-lahan.
*** Utk BBQ di luar rumah, panggang kepak ayam di atas bara api yang sederhana panas selama 20~25 min.Balik2 kan setiap 5 min sehingga daging menjadi legap.teruskan menyapu minyak untuk melengkapkan masakan.
*** Utk memanggan di dalam rumah, Panaskan dapur pemanggang dahulu.Aturkan ayam di atas redai dawai di atas dulang ketuhar.Panggang selama 15~20 min.Balikkan sekali dan masak sehingga daging menjadi legap.
NOTE :- Anda tidak perlu menyalut kepak ayam dengan tepung tetapi ini boleh mencegahnya drpd melekat pada pinggan.

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.