Saturday 17 November 2012


MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • BAHAN2 PES :
  • 1/2 Cawan kacang tanah
  • 150g cili kering
  • 100g udang kering geragau/kepal
  • 1 genggam kacang dhal
  • 1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)
  • air asam jawa dan garam secukupnya
  • myk masak secukupnya
  • Bahan mee :
  • 2 cekak mi kuning
  • 1 cekak taugeh, 1 btg sayur sawi, 1 biji telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sb kicap cair
  • cucur udang, ubi kentang rebus, tauhu goreng, limau nipis dan bawang goreng
  • 1 sb air garam (jika mahu)

Cara-cara

  1. Untuk pes : goreng bahan2 di atas bersama myk dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.
  2. sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dgn air.
  3. tumiskan bahan2 kisar tadi sampai pecah minyak (minyak timbul di permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa. Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambah gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mi kuning dah masin.
  4. Untuk mee :
  5. Panaskan kuali. bila kuali dah panas masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga harum.
  6. Masukkan 2sb pes anda masak tadi, di sini anda kena pandai adjust rasanya..kalau nak pedas n lagi top..lebihkan pes tu pun tak pe..kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.
  7. bila dah layu sawi, masukkan dengan segera mi kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah). Masak dgn api yang kuat, kalau nak mi anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul rata
  8. Bila mi dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mi anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mi seketika dalam 30 saat la. Kuatkan api semula dan kacau mi dgn telur sbati. keseluruhan menggoreng 3-4 minit je
  9. angkat mi anda dan hiaskan dengan hirisan cili, taburan bawang goreng, hirisan limau nipis, dan kacang tanah tumbuk (jika mahu lah). Selamat mencuba........

Wednesday 7 November 2012


APAM BALIK



resepi ni mama amek dri buku kuih muih minuman petang,
"SENANG NYA MEMASAK BERSAMA CHEF HANIELIZA"


 


Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C

coklat chips [xbbuh pun]
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.
APAM BALIK

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Bahan A (Menumis):
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 inci halia - diketuk
  • Bahan B:
  • 4 pot beras - basuh dan tos
  • 1 kiub pati ayam - dilarutkan dalam air yg cukup utk masak nasi 4 pot
  • 200 gram isi ayam - dihiris nipis
  • 200 gram udang - dibuang kulit
  • 200 gram sotong
  • 1 biji cili merah - dicincang ( kalau ada capsicum merah & hijau lagi sesuai)
  • 2 biji tomato - dicincang
  • 3 sudu marjerin
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 pokok daun sup - dicincang
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit (menggantikan saffron yg mahal dan susah nak cari)
  • garam secukup rasa (biasanya 1-2 sudu teh dah cukup cantik)
  • 1 biji kecil - limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara

  1. Gunakan kuali, panaskan marjerin
  2. Goreng udang dan sotong. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Kemudian letak periuk di atas dapur, tumiskan Bahan A dengan minyak hingga naik bau.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
  5. Masukkan larutan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan garam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan beras, tomato, cili dan perahan limau. Kacau sedikit, tutup periuk dan biarkan ia sehingga masak. Pastikan api kecil.
  7. Apabila nasi dah masak, taburkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sekejap.
  8. Paella
     Akhir sekali bila dah masak, angkat periuk dan terus letak diatas meja. Bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga. Beginilah rupanya nasi paella bila dihidangkan atas pinggan...
  9. Nak lagi best, hidangkan dengan fresh oren / ribena...tengah-tengah hari kalau pekena memang...pergh...nikmat!

Tuesday 6 November 2012


bika ambon

sekali lagi mencuba resepi baru, tokchik pernah makan kuih ini, memang sedap, berusaha mencari resepinya, untuk pengetahuan semua, kuih bika ambon ni sememangnya terkenal dimedan sebagaimana thailand terkenal dengan tomyamnya, johor dengan mee rebus, muar dengan mee bandung.

berpandukan resepi yag diperolehi, tokchik mencuba, alhamdulillah......menjadi, jadi tokchik nak kongsi resepi tersebut

kueh bika ambon
bahan-bahan
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam
300ml santan pekat
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)
150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila


dibawah ini tokchik tujukkan cara-cara membuatnya

langkah 1
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

ini le rupanya setelah kesemua bahan2 yang diatas dicampurkan dan "peram" selama 25 minit


langkah ke 2
300ml santan pekat
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)


satukan santan, garam dan juga daun pandan kedalam periuk, masak dengan api sederhana, pastikan santan tidak pecah minyak, matikan api setelah santan mendidih seketika.

langkah 3
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)


menggunakan kelajuan perlahan (no 2) pukul telur dan gula sehingga gula larut

langkah 4

150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila




masukkan tepung, serbuk vanilla kedalam santan yang telah dimasak tadi, gaul rata, masukkan bancuhan telur dan gula diikuti dengan bancuhan yist, gaul rata, perapkan adunan selama 3 jam.

langkah 5

panaskan oven, letakkan sedikit minyak masak didalam loyang pembakar,panaskan loyang terlebih dahulu sebelum menuang bancuhan tepung.


tokchik gunakan suhu 200 darjah celcius, semasa membakar, pintu oven hendaklah dibiarkan terbuka, setelah tiada kelihatan gelembung/buih, baru ditutup pintu oven, turunkan suhu kepada 130 darjah celcius, bakar sehingga masak ( anggaran masa 20 minit - tetapi ianya bergantung kepada oven yang kita gunakan, jadi kena le jenguk2)

jenggggggggggg jenggggggggggggggggggggggg..........jom makan......



kuih ni rasanya kenyal2 dan yang tokchik suka sangat rupanya yang bersarang, macam sarang lebah tu. ...

Friday 2 November 2012


Dua Resipi Roti Arab (Bakar )

Ada dua resipi roti arab ini iaitu satu keadah bakar dan satu kaedah goreng.

Resipi Roti Arab (Bakar)

bahannya :- 
3 /12 to 4 cawan tepung [leh guna tepung roti jugak]
2 sudu kecil garam
1 paket yis [guna maruripan ajee]
1 1/2 cawan air [guna air paip]
1 biji telur

caranya 
-dalam bekas - campur 1 cawan tepung + garam + yis - tambah air sedikit demi sedikit
-uli selama 2 minit
-tambah 3/4 cawan tepung lagi - uli hingga sebati lagi
- bahagikan tepung kepada 8 bahagian
- bulatkan doh dan leperkan - tutup selama 45minit
-taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik
-elok terus letak dalam dulang pembakar baru tabur tepung
-pukul telur + 1sudu kecil air = sapu atas roti
-bakar kejap dlm 10 minit ajee.. 

Roti Arab 

Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
  • 250 g tepung gandum
  • 2 sk yis mauripan
  • 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
  • 1 sb marjerin/mentega
  • 1 sb gula 
  • 160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
  • 1/2 sk garam halus
Cara-cara :
  1. Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. 
  2. Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin. 
  3. Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
  4. Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
  5. Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  6. Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!


Friday 19 October 2012


MEE GORENG KABONARA

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 1 paket spaghetty
  • 1 tin cendawan butang - di hiris nipis
  • 1 bungkus kecil daging kisar
  • 3 ulas bawang putih - dikupas dan kisar halus
  • 3 sudu besar butter
  • i tin prego carbonara
  • 1/2 tin prego air - goncang bersama kesan baki sos yg masih ada dlm tin.
  • 2 liter air untuk merebus spaghetty
  • garam, black pepper, olive oil,

Cara-cara

  1. didihkan 2 liter air dalam periuk bersama sedikit garam dan 1 sudu kecil olive oil.
  2. sementara itu, cairkan butter dan tumiskan bawang putih yang telah dikisar tadi.
  3. Cndwn
     setelah kekuningan dan naik bau, masukkan hirisan cendawan dan gorengkan seketika.
  4. Dag
     masukkan daging kisar dan gaul rata masakkan sehingga air daging kering.
  5. masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
  6. Sos
     setelah air daging kering tuangkan sos carbonara prego diikuti dgn setengah tin air. - biarkan mendidih.
  7. Clr
     sementara itu setelah air mendidih, masukkan spaghetty. dan rebus untuk 5minit.
  8. Ts_spgt
     pastikan spahetty tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. biasanya 10minit sudah memadai.
  9. Tos
     tutup api dan toskan spaghetty tadi.
  10. Wok
     berbalik kepada sos karbonara tadi. setelah mendidih cukup rasa, maka boleh lah dimasukkan spaghetty yg telah ditoskan tadi. gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  11. Setelah sebati boleh lah dihidangkan.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 1 paket spaghetty
  • 1 tin cendawan butang - di hiris nipis
  • 1 bungkus kecil daging kisar
  • 3 ulas bawang putih - dikupas dan kisar halus
  • 3 sudu besar butter
  • i tin prego carbonara
  • 1/2 tin prego air - goncang bersama kesan baki sos yg masih ada dlm tin.
  • 2 liter air untuk merebus spaghetty
  • garam, black pepper, olive oil,

Cara-cara

  1. didihkan 2 liter air dalam periuk bersama sedikit garam dan 1 sudu kecil olive oil.
  2. sementara itu, cairkan butter dan tumiskan bawang putih yang telah dikisar tadi.
  3. Cndwn
     setelah kekuningan dan naik bau, masukkan hirisan cendawan dan gorengkan seketika.
  4. Dag
     masukkan daging kisar dan gaul rata masakkan sehingga air daging kering.
  5. masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
  6. Sos
     setelah air daging kering tuangkan sos carbonara prego diikuti dgn setengah tin air. - biarkan mendidih.
  7. Clr
     sementara itu setelah air mendidih, masukkan spaghetty. dan rebus untuk 5minit.
  8. Ts_spgt
     pastikan spahetty tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. biasanya 10minit sudah memadai.
  9. Tos
     tutup api dan toskan spaghetty tadi.
  10. Wok
     berbalik kepada sos karbonara tadi. setelah mendidih cukup rasa, maka boleh lah dimasukkan spaghetty yg telah ditoskan tadi. gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  11. Setelah sebati boleh lah dihidangkan.

APAM BERAS

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Kastard Jagung
bahan-bahan :
1 mangkuk tepung kastard
3 mangkuk air
1/2 mangkuk gula pasir
1 tin susu cair ( bole juga 1 mangkuk)
secubit garam (cubit yer..)
1 tin jagung krim

cara buat :
satukan semua bahan ke dalam periuk... kecuali jagung...
masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau...
(kalau Maria biasa nye dah siap-siapkan kerusi dan duduk semasa mengacau... proses ni sgt penting sbb kalau leka / berhenti mengacau... adunan boleh jadi berketul-ketul... nnt tak cantik la kastard nye...)
bila dah pekat baru masukkan jagung krim... kacau ratakan
lepas tu bila dia dah mendidih... (adunan dah pekat dan macam meletup keluarkan angin/wap...) boleh la tuang ke dalam acuan...
sejukkan... simpan peti ais lagi sedap...
sedia dihidang dgn kuah nye...

nak buat kuah dia?
simple saja...
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu teh esen sirap merah
secubit garam
satukan semua bahan... masak hingga mendidih... sejukkan...
dah sedia utk dihidang bersama kastard :)

* sila gunakan saiz sukatan mangkuk yg sama - ini Maria sgt suke sbb klu nak buat banyak atau sikit, tukar saiz mangkuk besar atau kecil shj... dan tambah susu dan jagung bila sukat guna saiz mangkuk besar - yg penting jadikan ratio 1 tepung dgn 4 cecair dan 1/2 gula... inysaAllah jadi * :)

Wednesday 17 October 2012


oti Paun Nekma

Dahmsk
resepi mak mentua. paling senang dan mudah roti pun gebu

Created on : 14-03-2010



Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )

  • 1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
  • 1cawan air suam
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan marjerin/butter
  • Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
  • sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara

  1. 1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
  2. Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
  3. Blummasak
     Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
  4. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.. gambar atas dah kembang tunggu nk masak tu

n- Resepi Roti Paun Keluarga Diana

Assalamualikum. Dah sarapan ke? Kalau belum jom le sarapan...ada roti paun...org TRG panggil roti paung. Buat petang semalam....ada baki lagi sikit. Sungguh gebu dan sedap roti ini. Cicah teh atau kopi panas huhuhu...lagi sedap. Sekarang mood meroti tangah membara....rasa cam hari2 nak buat roti...tapi karang susah pulak badan pun naik dipam pam...Resepi dr Koleksi Resepi Pilihan Diana. Thanks ye berkongsi resepi.


inilah hasilnya...



Sumber
Koleksi Resepi Pilihan Diana

Bahan-bahannya
 (dpt 18 biji....bergantung pd saiz )
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - pakai marjerin je...
  • sedikit pewarna kuning - sy tak letak

Cara-caranya
1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. - sy pakai mixer
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(sy buat doh dlm 60 gm je)
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.


dah masak...dapat 22 biji...



ingat nak bg jiran tapi tak cukup...lain kalilah pulak. InsyaAllah

Thursday 28 June 2012


Cream Puff

Bahan-bahan (untuk 80 biji)
250 gm butter
500ml air
300 gm tepung gandum (ayak)
1 cmt garam halus
2 sudu gula
8 biji telur
Caranya:
Masakkan air dengan butter hingga mendidih.  Masukkan garam, gula dan tepung. 
Kacau cepat-cepat  hingga jadi doh lembut yang kental. Masukkan dalam mixer dan 
pecahkan telur satu demi satu hingga sebati.  Masukkan dalam beg piping dan paip ke 
dalam dulang bersih tanpa sebarang minyak.  .

Bakar pada suhu 190C-200C selama 25 minit atau hingga kekuningan. 

Sarapan Pagi 4.2.1011 003







Jom Masak 4.2.2011 006


  









KASTAD
Bahan-bahan:
1 cawan kastad
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula (ikut rasa)
4 cawan air
1/2 camt  vanilla
Caranya:
Masukkan susu, air , gula, vanilla dan akhir sekali tepung kastad dalam periuk.  
Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.  Masak diatas dapur dengan api perlahan.  
Kacau hingga likat dan berkilat.  Angkat periuk dan sejukkan sebentar sebelum  diletakkan 
kedalam cream puff.
Sarapan Pagi 4.2.1011 006  
Mudah, muai dan sedap.  Selamat mencuba ye.


Read more: http://myzajresepi.blogspot.com/2011/02/cream-puff.html#ixzz1z5pZ3Qj6

Wednesday 30 May 2012


Resepi Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan
 
  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

Udang Goreng Bersalut Telur

Pa100008-2



C




Bahan-bahan ( 1 - 2 Orang )

  • >> Bahan-bahan Utama <<
  • Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
  • >> Sos Pencicah <<
  • 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
  • 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
  • 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
  • 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

Cara-cara

  1. Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
  2. Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.
  3. Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.
  4. Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali.
  5. Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!