Roti Arab
Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
- 250 g tepung gandum
- 2 sk yis mauripan
- 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
- 1 sb marjerin/mentega
- 1 sb gula
- 160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
- 1/2 sk garam halus
- Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
- Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
- Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
- Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
- Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
- Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
- Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment