Cream Puff
Bahan-bahan (untuk 80 biji)
250 gm butter
500ml air
300 gm tepung gandum (ayak)
1 cmt garam halus
2 sudu gula
8 biji telur
Caranya:
Masakkan air dengan butter hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan tepung.
Kacau cepat-cepat hingga jadi doh lembut yang kental. Masukkan dalam mixer dan
pecahkan telur satu demi satu hingga sebati. Masukkan dalam beg piping dan paip ke
dalam dulang bersih tanpa sebarang minyak. .
Bakar pada suhu 190C-200C selama 25 minit atau hingga kekuningan.
KASTAD
Bahan-bahan:
1 cawan kastad
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula (ikut rasa)
4 cawan air
1/2 camt vanilla
Caranya:
Masukkan susu, air , gula, vanilla dan akhir sekali tepung kastad dalam periuk.
Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Masak diatas dapur dengan api perlahan.
Kacau hingga likat dan berkilat. Angkat periuk dan sejukkan sebentar sebelum diletakkan
kedalam cream puff.
Mudah, muai dan sedap. Selamat mencuba ye.Read more: http://myzajresepi.blogspot.com/2011/02/cream-puff.html#ixzz1z5pZ3Qj6
No comments:
Post a Comment