Friday 16 September 2011

mee udang versi 2

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
  2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3. Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Mee Udang

1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng
Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering
Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara penyediaan
1. Udang  di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.
Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka
Cara penyediaan
* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi

Paste mee bandung

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG
Bahan-bahannya
1 kilogram cili kering,
1/2 kilo udang kering,
5/6 ulas bawang putih
Tumiskan bawang putih, pas tu,
masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering
yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang
pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan
ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..Selamat mencuba!!!! 

Read more: http://cikmin.com/2010/08/kueteow-bandung-muar-asli/#ixzz1YA7lPWcy

Mee Bandung Muar (Original Recipe)

ATURAN
1. Sediakan bahan untuk 'paste'
2. Rebusan Daging
3. Bahan Lain


Penyediaan Paste.Sediakan bahan ni terlebih dahulu. Boleh disediakan banyak2 dan keep in the fridge.. bila nak masak.. just tumiskan paste ni.. (buat permulaan sediakan sikit jer)

Bahan Paste;
300 g udang basah (bersihkan dari kulit dan kepala)
100 g udang kering (rendam)......... kedua2nya diblend bersama.
5 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ..... diblend bersama 4 sudu besar kacang tanah.. diblend halus Sedikit minyak, garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Cara Membuat Paste:
Udang dibersihkan, isi udang bersama udang kering di blend. Kulit dan kepala udang direbus.. jadikan stok, blend dan tapis. Panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tumis.. masukkan air stok, udang dan kacang tanah. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.. biarkan pekat hingga menjadi paste. (Ia boleh disimpan lama dalam frizer)


Rebusan DagingRebus daging anggaran 1/2 jam.. kemudian simpan air rebusan dan hiris nipis daging... ketepikan.

Sediakan bahan2 lain.Bahan;
Mee Kuning (celur)
Sawi Tomato (belah 4)
Tahu digoreng dan hiris
Telur

Bahan hias..
Cili Merah
Bawang Goreng

CARA MEMBUATNYA.

Panaskan minyak, masukkan paste.. goreng sedikit. Goreng hingga begini anggaran 2 minit.
Masukkan air rebusan daging dan daging.
Masukkan sawi dan tomato... biar mengelegak baru masukkan telur.. jangan dikacau.. biarkan telur masak ala2 cair gitu..

Sediakan mee dan tahu goreng
Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee.. dan taburkan cili dan bawang goreng

KEK COKLAT 
Sumber FP K.Liza 

Bahan A 
250 gm butter 
250 gm gula perang atau kastor 
4 biji telur gred B 
1 sudu kecil esen vanilla 
250 ml susu segar 

Bahan B [ Ayak ] 
290 gm tepung gandum 
50 gm serbuk koko 
1 sudu kecil nescafe instant 
1 sudu besar baking powder 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 

Cara 
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang. 
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla 
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar. 
4. Kacau rata dgn senduk kayu. 
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat. 


Coklat Topping 
1 cawan susu pekat 
60 gm butter 
50 gm serbuk koko 

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.

Thursday 15 September 2011

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/08/pari-bakar-berempah-harumterbaekkk.html#ixzz1Y4MuYtRZ
Under Creative Commons License: Attribution

cheezy cheese

Bahan -bahan
3/4 cup of velveeta cheese
2/3 cup of  cheddar cheese
1/3 cup of whole milk
1/4 teaspoon salt

Cara-cara
1. Panaskan susu kemudian masukan cheddar cheese dan velveeta cheese, biar sampai cair.
2. masukkan garam dan gaul hingga sebati kemudian boleh dihidang.

Friday 9 September 2011

sotong sumbat

Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air 
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api

sotong goreng rangup

Bahan-bahan:

500 gm sotong – Bersihkan dan belah 2 
2 sudu makan serbuk kari 
8 bawang merah – tumbuk halus 
60 ml santan – dari ½ biji kelapa parut
1 biji telur
½ sudu teh garam
4 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Perap sotong dalam campuran serbuk kari, bawang telur, garam dan santan selama sejam.
2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak dan garing.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untik dihidangkan

udang goreng madu

Bahan-bahan:

400 gm udang besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon /limau kasturi/ limau nipis 
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu makan kicap pekat

Cara penyediaan:

Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.

Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing.

Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit

Masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra. Tutupkan ap

udang goreng tepung

Bahan-bahan:
500 gm udang
350 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
2 biji putih telur – pukul hingga putih 
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang, kopek kulit tapi tinggalkan bagahian ekor. Toskan.
2. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung ke dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk tepung, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk diadikan adunan tepung yang pekat.
4. Masukkan garam diikuti putih telur. Kacau perlahan-lahan.
5. Panaskan minyak. Celup udang pada adunan tepung dan goreng hingga keemasan. 
6. Angkat dan hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan sos cili jika suka.

mee bandung b\muar

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
 Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak: 
  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Hidangkan

kuah rojak buah

Bahan-bahan ( boleh makan byk kali, sesuai jika ada majlis yg ramai orang )

  • 1 botol kicap lemak manis
  • 1 botol petis
  • 2 biji gula melaka (cairkan dulu pastu tapis)
  • 1 keping belacan bulat melaka
  • 1 pkt kecil asam jawa ( bancuh dengan air dulu. agak-agak je airnya)
  • 1 genggam cili kering
  • 1 genggam cili padi
  • kacang tanah goreng yg diblender

Cara-cara

  1. blender belacan, cili kering dan cili padi
  2. masukkan semua bahan diatas kedalam periuk kecuali kacang tanah
  3. masak dgn api perlahan sehingga naik bunga gula. masa dalam 45 minit - 1 jam
  4. biarkan sejuk. ambil sedikit dan tambah kacang goreng semasa nak cicah buah. x blh campur sekali nanti kacang lemau dan kuah cepat rosak. simpan dalam peti sejuk, blh tahan hg 2-3bln

kuah yong tau foo

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. P1000911
     masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

kek rampai kelapa



Bahan2 :- 


1½ cawan margerin (teman guna 250gm Butter) 

1½ cawan gula castor (teman terguna gula pasir kaso..bangan pya pasala..sib bek jadi kek) 

5 biji telur (besau pya saiz yerr) 

2 sdt esen vanilla 

2½ cawan tepung naik sendiri 

1 cwn kelapa kering 

Pewarna merah & hijau 



Cara2:- 

1- Warnakan kelapa kering - ½ kaler merah, ½ lagi kaler hijau..gaul rate..& bior kerin.. 

2- Pukul Mentega + gula smpai gebu.. 

3- Masukkan telur satu persatu > pukul lg smpi gebu 

4- Masukkan esen vanilla 

5- Masukkan tepung.. 

6- Masukkan kelapa , kaup balikkan sehingga rata (guna spatula jerr) 

7- Tuang ke dlm loyang 9" & bakar dlm oven yg tlh dipanaskan terlebih dahulu..