1 mangkuk tepung kastard
3 mangkuk air
1/2 mangkuk gula pasir
1 tin susu cair ( bole juga 1 mangkuk)
secubit garam (cubit yer..)
1 tin jagung krim
cara buat :
satukan semua bahan ke dalam periuk... kecuali jagung...
masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau...
(kalau Maria biasa nye dah siap-siapkan kerusi dan duduk semasa mengacau... proses ni sgt penting sbb kalau leka / berhenti mengacau... adunan boleh jadi berketul-ketul... nnt tak cantik la kastard nye...)
bila dah pekat baru masukkan jagung krim... kacau ratakan
lepas tu bila dia dah mendidih... (adunan dah pekat dan macam meletup keluarkan angin/wap...) boleh la tuang ke dalam acuan...
sejukkan... simpan peti ais lagi sedap...
sedia dihidang dgn kuah nye...
nak buat kuah dia?
simple saja...
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu teh esen sirap merah
secubit garam
satukan semua bahan... masak hingga mendidih... sejukkan...
dah sedia utk dihidang bersama kastard :)
* sila gunakan saiz sukatan mangkuk yg sama - ini Maria sgt suke sbb klu nak buat banyak atau sikit, tukar saiz mangkuk besar atau kecil shj... dan tambah susu dan jagung bila sukat guna saiz mangkuk besar - yg penting jadikan ratio 1 tepung dgn 4 cecair dan 1/2 gula... inysaAllah jadi * :)