bahan-bahannya:
250gm cornflake madu (kotak kecil)- lebih sedap kalau guna nestle cornflake
125 gm butter
1/2 cawan gula perang ( gula halus pun boleh je)
5 sudu makan madu
5 sudu makan peanut butter ( yang kasar -kalau lebih lagi sedap)
sedikit gula manik, ceri, kismis untuk hiasan (kalau tak letak pun sodap gak)
cara-caranya:
1. campurkan butter, peanut butter, dan gula dan masak dengan api perlahan sampai gula larut
2. masukkan cornflake dalam adunan yang telah cair dan masukkan juga madu
3. kacau sampai rata
4. masukkan dalam cup cake dan bakar selama 10 hingga 15 minit atau sampai perang (suhu lebih kurang
180c)
5. biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment