hari ini berbuka dengan roti john versi baru... roti john melayu...hehehe.. ok gak rasanya
resepinya simple jer
5 buku roti john saiz kecil
4 biji teluq ayam
1 sudu makan bawang goreng
2 sudu makan serunding daging
secubit garam
cara buatnya
pukul teluq sampai kembang
masukkan serunding daging dan bawang goreng
kacau supaya sebati
ambil satu senduk adunan teluq dan tebar atas kuali leper
letak roti john yang telah dibelah dua atas telur yang ditebar
angkat roti apabila telur telah masak
bubuh mayonis dan sos cili
cantumkan semula roti yang dibelah tadi dan sedia dimakan
No comments:
Post a Comment