Tuesday 18 March 2014

KEK RAMPAI KELAPA
Sumber Resepi : Chef Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan :
250 gm mentega
230 gm tepung kek *
1 tsp serbuk penaik *
(* diayak - A)
200 gm gula kastor
50 gm kelapa parut kering
50 gm air susu
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Sedikit pewarna merah dan hijau


Cara membuat :

  1. Griskan acuan berukuran 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Kelapa parut kering dibahagi dua dan digaul dengan pewarna merah dan hijau. Biarkan ia kering sebentar.
  3. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati. Masukkan asen vanilla.
  5. Kemudian masukkan bahan sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan air susu.
  6. Masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar selama 1 jam.
TAKO JAGUNG
Bahan-bahan 

Lapisan Bawah :-
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung hoen kwee putih
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
  • 1/2 cawan jagung cream / biji- Yatie guna jagung biji dlm tin, toskan airnya
Lapisan Atas/Dadih :-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee
  • 3/4 sk garam
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
  2. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat.Matikan api.
  4. Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  5. Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.
QUICHE AYAM
Hmmm....

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam


Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. Buh dalam plastik atau wrap dia. Simpan jap dalam peti ais, minimum, 20 minit.
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Sunday 25 August 2013

resepi kuah yong tau foo

ahan-bahan: 
 
10 tangkai cili kering - kalau taknak pedas, boleh kurangkan.
1 keping gula melaka.
300 ml air
1 cm belacan 
1 1/2 sb tepung jagung + 50ml air. 
Sedikit bijan goreng.
Gula - jika perlu.
Minyak untuk menggoreng.
Sedikit kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk halus,  


Cara-cara: 
 
Cili kering dibasuh dan digoreng sehingga garing. 
Belacan dibakar sedikit.
Tumbuk/kisar bersama cili kering dan belacan tadi.
Di dalam periuk, masukan air dan gula melaka. Tunggu sehingga gula melaka larut.
Masukan cili kering dan belacan kedalam periuk.
Masukan bancuhan tepung jagung.  
Setelah agak pekat boleh la tutup api dan taburkan bijan goreng tadi.
Hidangkan yong taufu dan tabur sedikit kacang tanah yang telah dikisar tadi.

Saturday 24 August 2013

RESEPI NASI ARAB KABSAH




lihat di atas kengkawan, tomato, bawang besar, bawang putih dan halia dipotong dadu dan memanjang. Kat dalam pinggan kecil tu pulak kayu manis, bunga lawang buah pelaga, cengkih, serbuk jintan manis, ketumbar, sebuk kunyit, lada hitam dan rempah asli kabsa yang dibeli dari negara arab.
semua ramuan di atas hendaklah ditumis terlebih dahulu


mula-mula panaskan minyak sapi dalam kuali. Kemudian tumis dulu bawang besar, bawang putih, halia dan tomato hingga kekuningan. Arghhhhhh harum betul baunya....cehhhh


kemudian masukkan rempah dalam pingga kecil yang di atas tu. Tumis lagi hingga warana keperangan. Wahhhhh, masa ni baunya sudah ada bau arab daaaa...


lepas tu barulah masukkan en ayam. Kacau rata kecap yek


pastu barulah masukkan air. Masaklah hingga isi daging ayam menjadi separuh masak dan jangan lupa masukkan garam yek...


 keluarkan daging ayam tadi. Air rebusan jangan dibuang sebaliknya digunakan untuk memasak nasiknya nanti.


letakkan ayam pada kepingan alumunium foil. Sapukan daging ayam dengan perahan air lemon dan griskan dengan madu...


panggang kejap dalam oven lebih kurang 15 minit. Kalau takde oven guna toster macam Cik Sakura.....pun bolehhhh.


sementara itu....


gunakan beras moghul Faiza basmati untuk menyediakan nasiknya


rendamkan dua cawan beras selama lebih kurang 20 minit. Toskan airnya dan bilas sekali lagi. Masukkan ke dalam rice cooker. Sukat air mengikut kadar 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air. Ting tongggggg...Jagan lupa yek gunakan air rebusan ayam tadi....


tanaklah sehingga nasi masak. Untuk info, jangan sesekali membuka periuk sewaktu proses memasak  berlangsung bagi tujuan nasik masak dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. ini petua tau...


sementara itu jugak...


sediakan bahan bagi membuat salatha seperti bawang besar, tomato, cili merah, perahan lemon dan daun ketumbar. kalau nak pedas lagi gunakanlah cili padi, barulah umphhh...


mayang kesumua ramuan diatas kecuali daun ketumbar . campurkan dengan perahan lemon dan sedikit gula kemudian blend dengan menggunakan food prosessor yek bukan blender tau.


tuang ke dalam manggkuk, haaaa.... masa ni barulah masukkan potongan daun ketumbar. sesuaikan rasa masam, masin dan manisnya. hidang bersama dengan nasik dan ayam tadi macam gambar kat  bawah ni....

taraaaaaa...dah siappun hiddangan lengkap KABSA ni

Saturday 2 February 2013

Kek Coklat Karamel
Oleh:Khalijah Hussin

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Saturday 17 November 2012


MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • BAHAN2 PES :
  • 1/2 Cawan kacang tanah
  • 150g cili kering
  • 100g udang kering geragau/kepal
  • 1 genggam kacang dhal
  • 1 sb gula merah (gula pasir pun boleh)
  • air asam jawa dan garam secukupnya
  • myk masak secukupnya
  • Bahan mee :
  • 2 cekak mi kuning
  • 1 cekak taugeh, 1 btg sayur sawi, 1 biji telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sb kicap cair
  • cucur udang, ubi kentang rebus, tauhu goreng, limau nipis dan bawang goreng
  • 1 sb air garam (jika mahu)

Cara-cara

  1. Untuk pes : goreng bahan2 di atas bersama myk dengan aturan kacang tanah, kacang dhal, cili kering, dan akhir sekali udang kering geragau/kepal.
  2. sejukkan semua bahan digoreng tadi dan kisar halus dgn air.
  3. tumiskan bahan2 kisar tadi sampai pecah minyak (minyak timbul di permukaan). Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa. Rasa kepedasan, sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambah gula lagi.Garam pun kene pandai agak sebab mi kuning dah masin.
  4. Untuk mee :
  5. Panaskan kuali. bila kuali dah panas masukkan 2sb minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah hingga harum.
  6. Masukkan 2sb pes anda masak tadi, di sini anda kena pandai adjust rasanya..kalau nak pedas n lagi top..lebihkan pes tu pun tak pe..kemudian masukkan cucur udang, tauhu goreng, ubi kentang rebus, dan sayur sawi.
  7. bila dah layu sawi, masukkan dengan segera mi kuning dan titiskan kicap cair, 1sb air garam (jika perlulah). Masak dgn api yang kuat, kalau nak mi anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh. Gaul rata
  8. Bila mi dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mi anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur. Tutup telur dengan mi seketika dalam 30 saat la. Kuatkan api semula dan kacau mi dgn telur sbati. keseluruhan menggoreng 3-4 minit je
  9. angkat mi anda dan hiaskan dengan hirisan cili, taburan bawang goreng, hirisan limau nipis, dan kacang tanah tumbuk (jika mahu lah). Selamat mencuba........