salmon sos putih
- 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
- 1 sudu besar minyak zaitun
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
- Bahan-bahan untuk sos
- 2 sudu besar majerin atau mentega
- 1/2 biji bawang besar (dicincang)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
- 1 cawan susu segar
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
Cara-cara
- Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
- Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
- Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
- Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.
No comments:
Post a Comment