Ayam goreng rangup
- 6 ketul ayam
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kanji
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara
- Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
- Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
- Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
- Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
- Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
- Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.
No comments:
Post a Comment