Monday 19 December 2011




NASI TIRUAN19012007
Nasi tiruan? Tengok gambar nampak macam nasi kan? Bagi mereka mengalami penyakit manis atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, nasi tiruan ni adalah sajian paling sesuai untuk menggantikan nasi dalam hidangan Melayu.
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
kelapa parut (setengah biji )
Air mendidih
1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
secubit garam
lada putih
Caranya
Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.  Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.
Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

Nasi pilau pakistan

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji bawangh besar dihiris
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan sayur campuran
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi
  3. Goreng bawang yang dihiris hingga naik bawa dan layu
  4. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar
  5. Masukkan beras dan kacau rata
  6. Masukkan susu serta air dan masak nasi hingga nasi agak kering baru masukkan sayuran campur.

Ayam masak pakistan

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 6-8 ketul ayam (biasanya Paki guna kambing TAPI umi_e tukar pada ayam sebab tak makan kambing)
  • 1 tin plum tomato (bukan tomato puri)
  • 1 labu besar bawang (dihiris)
  • 5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)
  • 50gm daun ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • minyak untuk menumis
  • garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam terlebih dahulu
  2. Blend cili hijau bersama daun korianda/ketumbar
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu
  4. Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali.
  5. Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya...
  6. Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat

Ayam goreng rangup

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 8 ketul drumstick
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

Ikan goreng berempah

  • 4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
  • 5cm kunyit hidup
  • 6 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sebatang serai - *optional
  • garam

Cara-cara

  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
  4. Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
  5. Sedap makan ngan nasi putih panas.
  6. SeLaMaT MenCubE

salmon sos putih

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.