Tuesday 16 August 2011

Cornflake madu

bahan-bahannya:
250gm cornflake madu (kotak kecil)- lebih sedap kalau guna nestle cornflake
125 gm butter
1/2 cawan gula perang ( gula halus pun boleh je)
5 sudu makan madu
5 sudu makan peanut butter ( yang kasar -kalau lebih lagi sedap)
sedikit gula manik, ceri, kismis untuk hiasan (kalau tak letak pun sodap gak)

cara-caranya:
1. campurkan butter, peanut butter, dan gula dan  masak dengan api perlahan sampai gula larut
2. masukkan cornflake dalam adunan yang telah cair dan masukkan juga madu
3. kacau sampai rata
4. masukkan dalam cup cake dan bakar selama 10 hingga 15 minit atau sampai perang (suhu lebih kurang
     180c)
5. biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.


roti john serunding daging

hari ini berbuka dengan roti john versi baru... roti john melayu...hehehe.. ok gak rasanya

My Photo

resepinya simple jer
5 buku roti john saiz kecil
4 biji teluq ayam
1 sudu makan bawang goreng
2 sudu makan serunding daging
secubit garam

cara buatnya
pukul teluq sampai kembang
masukkan serunding daging dan bawang goreng
kacau supaya sebati
ambil satu senduk adunan teluq dan tebar atas kuali leper
letak roti john yang telah dibelah dua atas telur yang ditebar
angkat roti apabila telur telah masak
bubuh mayonis dan sos cili
cantumkan semula roti yang dibelah tadi dan sedia dimakan