Sunday 16 October 2011

kek pandan santan

Bahan-bahannya: ( Untuk 20 orang )
6-7 helai (40gram) daun pandan besar
125 mililiter air
300 gram mentega / marjerin
450 gram gula kastor
6 biji telur ayam
400g tepung naik sendiri
1¼ sudu teh rata (5gram) baking powder
50 gram tepung kastard
125 mililiter santan
http://familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung naik sendiri, baking powder dan tepung kastard bersama-sama.
2. Hiris daun pandan dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan tapis untuk dapatkan sari (air) pandan sebanyak 125ml.
3. Pukul mentega / marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu, pukul adunan sehingga sebati setiap kali telur dimasukkan.
4. Masukkan bahan yang diayak, kaup dan balikkan ia menggunakan sudip besi (jangan dipukul).
5. Bahagikan adunan sama banyak menjadi dua bahagian. Masukkan sari pandan pada salah satu adunan manakala yang satu lagi masukkan santan. Campurkan adunan secara kaup dan balikkan (jangan dipukul).
6. Sapukan sedikit mentega / marjerin dan tepung pada loyang kek ukuran 20cm.
7. Sudukan kedua-dua adunan kedalam loyang sehingga setengah atau dua pertiga penuh.
8. Kemudian lalukan pisau ke dalam adunan untuk cipta kesan marble.
9. Bakar dalam oven pada suhu 160°c kira-kira 35-45 minit atau sehingga kek berwarna kuning keemasan.
10. Cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi bersih dan tidak melekit, tanda kek masak.

No comments:

Post a Comment