- 250 g mentega
- 230 g gula kastor
- 4 biji telur Gred A
- 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
- 100 ml susu UHT
- 280 g tepung gandum
- 1 camca teh baking powder
Cara-cara
- Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
- Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
- Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
- Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).
Bahan-bahannya: ( Untuk 20 orang )
6-7 helai (40gram) daun pandan besar
125 mililiter air
300 gram mentega / marjerin
450 gram gula kastor
6 biji telur ayam
400g tepung naik sendiri
1¼ sudu teh rata (5gram) baking powder
50 gram tepung kastard
125 mililiter santanhttp://familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung naik sendiri, baking powder dan tepung kastard bersama-sama.
2. Hiris daun pandan dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan tapis untuk dapatkan sari (air) pandan sebanyak 125ml.
3. Pukul mentega / marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu, pukul adunan sehingga sebati setiap kali telur dimasukkan.
4. Masukkan bahan yang diayak, kaup dan balikkan ia menggunakan sudip besi (jangan dipukul).
5. Bahagikan adunan sama banyak menjadi dua bahagian. Masukkan sari pandan pada salah satu adunan manakala yang satu lagi masukkan santan. Campurkan adunan secara kaup dan balikkan (jangan dipukul).
6. Sapukan sedikit mentega / marjerin dan tepung pada loyang kek ukuran 20cm.
7. Sudukan kedua-dua adunan kedalam loyang sehingga setengah atau dua pertiga penuh.
8. Kemudian lalukan pisau ke dalam adunan untuk cipta kesan marble.
9. Bakar dalam oven pada suhu 160°c kira-kira 35-45 minit atau sehingga kek berwarna kuning keemasan.
10. Cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi bersih dan tidak melekit, tanda kek masak.
Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur
Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air
cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.
INTI PIZZA
bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam
cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.
Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
50 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam
Bahan B
250 ml air
80 gm majerin atau lemak sayur[shortening]
Bahan Inti Daging
200 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
3 s/b tomato sos
garam
minyak
cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Maukkan inti dalam pinggan dan biarkan sejuk.
Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Perapkan sebentar.
5. Ambil doh dan leperkan. Masukkan inti daging dan tutup semula.
6. Perapkan dalam lyang yg telah disapukan minyak sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.