Wednesday 30 May 2012


Resepi Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan
 
  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

Udang Goreng Bersalut Telur

Pa100008-2



C




Bahan-bahan ( 1 - 2 Orang )

  • >> Bahan-bahan Utama <<
  • Udang besar 8 - 10 ekor yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
  • >> Sos Pencicah <<
  • 4 biji cili merah besar ditumbuk/dikisar
  • 2 sudu besar gula ditumbuk/dikisar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk/dikisar
  • 1 sudu besar perencah udang bercili (Maggi)
  • 4 biji limau kasturi (boleh diganti dengan 1 sudu besar cuka)

Cara-cara

  1. Gaul udang dengan tepung ubi sampai sebati.
  2. Gaulkan serbuk lada, gula, kicap dan garam secukup rasa bersama telur.
  3. Setelah itu, campurkan telur dan bahan-bahan campuran tadi dengan udang yang bersalut tepung ubi. Gaulkan hingga sebati.
  4. Goreng satu persatu udang tersebut. Kalau nak ekspress, just tuang aje semuanya ke dalam kuali.
  5. Untuk penyediaan sosnya pula, bahan-bahan sos pencicah tadi ditumis dan masukkan perencah udang bercili Maggi. Kemudian rembeskan limau kasturi. Kacau sekejap. Itu saja!

Friday 4 May 2012


MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih









Cara

1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...


Chocolate ganache (KakMisliha)
300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate - akak guna baking choc Van Houten
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu <>Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
>>Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
>>Kacau sehingga sebati..
>>Masukkan madu dan butter..tutup api & kacau lg ...

** ini cara teman yerr...
>>Utk menyalut kek, tuang chocolate yg masih cair ke atas kek...goyang & gelek2 sket ala2 inul...smpi rata & licin.

>>Utk buat border, biarkan chocolate semalam sblm digunakan...masukkan dlm piping beg & deco ler ikut suker...  kalo chocolate nmpk cair, masukkan ler skjp dlm peti sejuk...dlm beberapa minit, ikut kepekatan yg kita perlukan... 



Note:
Ini cara kak zai deko...
Tuang separuh choc ganache yg masih cair diatas kek hingga rata dan masukkan kek kedlm peti sejuk hingga choc ganache mengeras atau semalaman...kemudian masukkan lebihan choc ganache tadi kedalam peti sejuk semalaman sebelum digunakan untuk deko buat border pd kek.Semasa nk mendeko keluarkan choc ganache yg masih keras kesuhu yg dikehendaki(agak2lah hingga blh picit kt nozzle)..jika chocolate cair semasa tgh mendeko,masukkan sekejap dlm peti sejuk dan deko semula(sbb tgn panas..kalau choc cair border jadi tak cantik) dh habis deko masukkan cepat2 kedlm peti sejuk semula supaya border jadi terbentuk cantik dan keras.
Jom buat LIGHT CHEESE CAKE..


Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..


Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon




Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..ehe


Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.


Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..


Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan. Perhatikan gambar no 4 di atas ni, itu adalah yang dipanggil 'soft peak'. Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..


Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.


Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.


Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..


*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini


Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.


Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.
Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..


Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja..


Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Gambar di atas ni menunjukkan adunan yang belum sebati.
Ini adunan yang benar2 sebati. adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.

Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..


Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..


contoh loyang bulat untuk kaedah bain marie
Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.


Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..


Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .Gambar kat atas ni nampak jelas kat tepi tu bekas kek tu turun..Biasanya aku biarkan kek itu sejuk di dalam loyang dan hasilnya ia turun dengan sopan jer..hehe
Ini kek yang sudah disejukkan sepenuhnya dan dikeluarkan dari loyang..perhatikan tepi kek,hasilnya halus aje..tu yang kate tadi ia 'turun' dengan sopan je kalau dibiar dalam loyang.. biasanya ada resepi yang cadangkan keluarkan terus dari loyang sebaik sahaja masak,ikut laa mana2 keselesaan korang yer


Close up sket..kek ni terlebih bako..dah citer pada entri sebelum ni yer..hehee..tapi rasanya maintain jek..